Friday, 13 June 2014

Jangan Pernah Berubah

Banyak benda nak ditulis,  walaupun sekadar catatan/peringatan peribadi.  Kadang-kadang aku rasakan, blog ni dah lari dari tujuan asal, untuk aku jadikan tempat untuk luah perasaan daripada terus terbuku di hati. mungkin juga sebab ada rasa malu dan segan disebabkan aku tahu siapa antara pengunjung-pengunjung setia blog ni.
Tapi kali ni memang perlu ditulis. Sahabat yang selalu jadi mangsa luahan perasaan aku dah tiada (masa). Jadi aku perlu belajar cara mengatasi masalah aku ni sendirian berhad. Dan menulis adalah salah satu cara aku untuk mengurangkan tekanan.
Masalah aku taklah sebesar mana. Cuma aku rasa sedih dan dipergunakan.  Dan yang lebih menyakitkan, aku dah semacam dapat 'foresee' bahawa perkara ini akan berlaku. Memang betullah orang kata "when in doubts,  follow your instinct" tapi mungkin ada sesuatu yang mengaburi prinsip aku waktu tu. Atau mungkin sebab aku mudah untuk kesian pada seseorang. Entahla, pepatah "once bitten, twice shy" seolah-olah tak boleh digunapakai dalam kehidupan aku, walaupun dah di 'gigit' berkali-kali, aku masih juga sibuk nak menolong orang.
Tak perlulah aku tulis secara terperinci mengenai apa, siapa dan bagaimana,  tapi rasa menyesal memang menebal gila dalam diri.  Bukan menyesal tolong, tapi menyesali apa yang berlaku selepas ditolong.
~sekali air bah, sekali pantai berubah~

No comments:

Post a Comment