Wednesday, 25 June 2014

Irreplaceable? ?

Rasanya ni kali kedua tulis pasal orang yang sama... satu lagi pada blog lama...

Hmmm... susah ini macam kalau dah rasa hebat sangat.. sampai boleh pikir kalau beliau tiada, maka alamatnya aktiviti di sekolah tak jalan (salah satu status updaye beliau).. memang susah la..

Ada betulnya jugak cakap member aku pasal isu ni.. kalau keja last minute memang camtu. tinggal sekolah dengan kerja separuh masak... memang la tak jalan.

Cuba kalau tinggalkan sekolah, kerja yang ditinggalkan semua siap, semua dalam keadaan teratur, takde last minute.. sesiapa pun boleh ambil alih dan teruskan... kan?

So kalau rasa irreplaceable sangat.. maknanya, kerja korang hanya kau seorang yang tahu.... sebab kau seorang je tahu kecelaruan dalam kerja ko tu.. so.. sebenarnya bukan irreplaceable tapi irritating. . :)

Dan.. jangan perasan hebat sangat.. sebab semua orang, semua pekerjaan boleh digantikan. Cuma sekarang ni, ko di amanahkan untuk kerja tersebut... so ko kena buat la... macam aku.. kalau aku x ajar pizik.. ada je nanti orang yang akan ganti...

Wednesday, 18 June 2014

Right On The Spot

Tak tau kenapa.. akhir-akhir ni banyak benda yang aku jumpa kat FB really hit the spot. 

Friday, 13 June 2014

Jangan Pernah Berubah

Banyak benda nak ditulis,  walaupun sekadar catatan/peringatan peribadi.  Kadang-kadang aku rasakan, blog ni dah lari dari tujuan asal, untuk aku jadikan tempat untuk luah perasaan daripada terus terbuku di hati. mungkin juga sebab ada rasa malu dan segan disebabkan aku tahu siapa antara pengunjung-pengunjung setia blog ni.
Tapi kali ni memang perlu ditulis. Sahabat yang selalu jadi mangsa luahan perasaan aku dah tiada (masa). Jadi aku perlu belajar cara mengatasi masalah aku ni sendirian berhad. Dan menulis adalah salah satu cara aku untuk mengurangkan tekanan.
Masalah aku taklah sebesar mana. Cuma aku rasa sedih dan dipergunakan.  Dan yang lebih menyakitkan, aku dah semacam dapat 'foresee' bahawa perkara ini akan berlaku. Memang betullah orang kata "when in doubts,  follow your instinct" tapi mungkin ada sesuatu yang mengaburi prinsip aku waktu tu. Atau mungkin sebab aku mudah untuk kesian pada seseorang. Entahla, pepatah "once bitten, twice shy" seolah-olah tak boleh digunapakai dalam kehidupan aku, walaupun dah di 'gigit' berkali-kali, aku masih juga sibuk nak menolong orang.
Tak perlulah aku tulis secara terperinci mengenai apa, siapa dan bagaimana,  tapi rasa menyesal memang menebal gila dalam diri.  Bukan menyesal tolong, tapi menyesali apa yang berlaku selepas ditolong.
~sekali air bah, sekali pantai berubah~