Wednesday, 25 June 2014

Irreplaceable? ?

Rasanya ni kali kedua tulis pasal orang yang sama... satu lagi pada blog lama...

Hmmm... susah ini macam kalau dah rasa hebat sangat.. sampai boleh pikir kalau beliau tiada, maka alamatnya aktiviti di sekolah tak jalan (salah satu status updaye beliau).. memang susah la..

Ada betulnya jugak cakap member aku pasal isu ni.. kalau keja last minute memang camtu. tinggal sekolah dengan kerja separuh masak... memang la tak jalan.

Cuba kalau tinggalkan sekolah, kerja yang ditinggalkan semua siap, semua dalam keadaan teratur, takde last minute.. sesiapa pun boleh ambil alih dan teruskan... kan?

So kalau rasa irreplaceable sangat.. maknanya, kerja korang hanya kau seorang yang tahu.... sebab kau seorang je tahu kecelaruan dalam kerja ko tu.. so.. sebenarnya bukan irreplaceable tapi irritating. . :)

Dan.. jangan perasan hebat sangat.. sebab semua orang, semua pekerjaan boleh digantikan. Cuma sekarang ni, ko di amanahkan untuk kerja tersebut... so ko kena buat la... macam aku.. kalau aku x ajar pizik.. ada je nanti orang yang akan ganti...

Wednesday, 18 June 2014

Right On The Spot

Tak tau kenapa.. akhir-akhir ni banyak benda yang aku jumpa kat FB really hit the spot. 

Friday, 13 June 2014

Jangan Pernah Berubah

Banyak benda nak ditulis,  walaupun sekadar catatan/peringatan peribadi.  Kadang-kadang aku rasakan, blog ni dah lari dari tujuan asal, untuk aku jadikan tempat untuk luah perasaan daripada terus terbuku di hati. mungkin juga sebab ada rasa malu dan segan disebabkan aku tahu siapa antara pengunjung-pengunjung setia blog ni.
Tapi kali ni memang perlu ditulis. Sahabat yang selalu jadi mangsa luahan perasaan aku dah tiada (masa). Jadi aku perlu belajar cara mengatasi masalah aku ni sendirian berhad. Dan menulis adalah salah satu cara aku untuk mengurangkan tekanan.
Masalah aku taklah sebesar mana. Cuma aku rasa sedih dan dipergunakan.  Dan yang lebih menyakitkan, aku dah semacam dapat 'foresee' bahawa perkara ini akan berlaku. Memang betullah orang kata "when in doubts,  follow your instinct" tapi mungkin ada sesuatu yang mengaburi prinsip aku waktu tu. Atau mungkin sebab aku mudah untuk kesian pada seseorang. Entahla, pepatah "once bitten, twice shy" seolah-olah tak boleh digunapakai dalam kehidupan aku, walaupun dah di 'gigit' berkali-kali, aku masih juga sibuk nak menolong orang.
Tak perlulah aku tulis secara terperinci mengenai apa, siapa dan bagaimana,  tapi rasa menyesal memang menebal gila dalam diri.  Bukan menyesal tolong, tapi menyesali apa yang berlaku selepas ditolong.
~sekali air bah, sekali pantai berubah~

Thursday, 1 May 2014

Duit

(Aku baru tahu kisahni minggu lepas, kalau aku tahu awal, insyaAllah aku akan jalankan juga kutipan secara "underground")

Alkisah sekolah aku ada sorang pelajar Indonesia. Takde kad pengenalan tapi belajar macam pelajar-pelajar lain. Tahun lepas, masa mesyuarat untuk agihan bantuan persekolahan RM100, aku cadangkan supaya barisan guru-guru ni derma seorang seringgit (RM1) supaya masa agihan nanti, budak ni pun akan dapat sumbangan ikhlas dari guru walaupun bukan dari kerajaan. Alhamdulillah, walaupun tak semua bayar, dapat la terkumpul dalam RM70. Masa hari pengagihan aku tak datang, ada tugas di luar. Tapi guru kelas budak tu ada suruh pelajar tu jumpa aku ucap terimakasih. Tapi aku tolak 'credit' itu atas dasar aku cuma sumbang rm1 je.. sebahagian guru sekolah ni yang jadikan nilai dia besar.

Dijadikan cerita,  tahun ni kerajaan beri sumbangan lagi. Malang bagi aku sebab aku masuk wad hampir sebulan waktu mesyuarat diadakan. Dan seperti biasa, ada guru yang ingin meneruskan nilai murni bantu pelajar tersebut. Jawapan dari salah seorang pentadbir memang mengecewakan. Dia mempersoalkan kenapa perlu beri duit kepada pelajar warga asing tersebut??? Dan secara veto,  niat murni guru-guru lain tak kesampaian tahun ni. Aku takde waktu pembahagian wang tersebut. Tapi aku dapat bayangkan perasaan pelajar tu bila kawan-kawan lain dapat duit manakala dia hanya melihat sahaja.

Serius aku pelik. Perlu pekeliling kah untuk jadi baik? Perlu dasar kah? Seingat aku masa sibuk sibuk program guru penyayang.. cikgu2 diarahkan tunggu pelajar di pagar sekolah dengan "senyuman" fake-nya. Dan sekolah aku terlibat dalam program meraikan harijadi pelajar semata2 supaya ada laporan bergambar.

Semuanya lakonan semata2. 

Bila peluang "semulajadi" datang untuk memperlihatkan kematangan dan keikhlasan guru-guru. Peluang tersebut di tolak bulat2. Aku masih ingat zaman sekolah aku dulu. Cikgu-cikgu buat kelas tambahan, "sara" hidup anak orang berminggu minggu di rumah waktu cuti untuk ajar sampai pandai. Ada cikgu siap bawa buai henjut pasang di belakang kelas hari Sabtu, sambil jaga anak kecil, sambil mengajar.

Susah nak cari cikgu-cikgu macam ni sekarang. Kalau masih ada lagi cikgu2 macam ni kat sekolah korang, hargailah mereka. Kerana mereka adalah spesis yang hampir pupus.

Monday, 26 August 2013

Snowbuddy

Disebabkan telefon pintar aku nih dah ada aplikasi untuk "share", jadi aku saja saja gatal nak tulis pasal kupon-kupon yang aku beli dan tebus.

[Up to 66% Off] Milk Tea OR Smoothie + 4 Toppings at Snowbuddy from RM9 for 2 Large Cups http://bit.ly/19Ud1D8

Sunday, 18 August 2013

Trinity Tie Knot

This particular knot is called TRINITY. Not that difficult to tie. :)
Saja-saja cuba pakai untuk hari pertama kerja. Nak tengok berapa ramai orang yang perasan. :p

Saturday, 17 August 2013

First Blog: Revisited

Kat bawah ni link untuk ke Blog pertama aku:


Sayang betul password dia dah lupa. Bila baca dan baca dan baca semula, rasa kelakar, sedih dan malu pun ada.  Pemarah dan banyak betul isu aku dulu-dulu (Hahaha... macam la sekarang dah takde isu)

Blog ke dua:


Yang ini pulak, aku buat as soon as aku pindah semula ke Semenanjung... lagila banyak isu dan ketakpuasan hati.. haha. Hilang password juga selepas aku masuk Pantai Hospital dan KPJ Healhcare berminggu-minggu sebab aku log-in guna PC orang lain.  Terus ter auto-lock. Sigh!!

Jadi kiranya ini blog yang ke-3 lah.  Akan cuba untuk kawal emosi sedikit.  Tapi aku rasa, meluahkan perasaan di dalam blog ni merupakan satu terapi yang sangat berkesan bagi aku. Jadi.... kita tunggu dan lihat ya? :)