Thursday, 1 May 2014

Duit

(Aku baru tahu kisahni minggu lepas, kalau aku tahu awal, insyaAllah aku akan jalankan juga kutipan secara "underground")

Alkisah sekolah aku ada sorang pelajar Indonesia. Takde kad pengenalan tapi belajar macam pelajar-pelajar lain. Tahun lepas, masa mesyuarat untuk agihan bantuan persekolahan RM100, aku cadangkan supaya barisan guru-guru ni derma seorang seringgit (RM1) supaya masa agihan nanti, budak ni pun akan dapat sumbangan ikhlas dari guru walaupun bukan dari kerajaan. Alhamdulillah, walaupun tak semua bayar, dapat la terkumpul dalam RM70. Masa hari pengagihan aku tak datang, ada tugas di luar. Tapi guru kelas budak tu ada suruh pelajar tu jumpa aku ucap terimakasih. Tapi aku tolak 'credit' itu atas dasar aku cuma sumbang rm1 je.. sebahagian guru sekolah ni yang jadikan nilai dia besar.

Dijadikan cerita,  tahun ni kerajaan beri sumbangan lagi. Malang bagi aku sebab aku masuk wad hampir sebulan waktu mesyuarat diadakan. Dan seperti biasa, ada guru yang ingin meneruskan nilai murni bantu pelajar tersebut. Jawapan dari salah seorang pentadbir memang mengecewakan. Dia mempersoalkan kenapa perlu beri duit kepada pelajar warga asing tersebut??? Dan secara veto,  niat murni guru-guru lain tak kesampaian tahun ni. Aku takde waktu pembahagian wang tersebut. Tapi aku dapat bayangkan perasaan pelajar tu bila kawan-kawan lain dapat duit manakala dia hanya melihat sahaja.

Serius aku pelik. Perlu pekeliling kah untuk jadi baik? Perlu dasar kah? Seingat aku masa sibuk sibuk program guru penyayang.. cikgu2 diarahkan tunggu pelajar di pagar sekolah dengan "senyuman" fake-nya. Dan sekolah aku terlibat dalam program meraikan harijadi pelajar semata2 supaya ada laporan bergambar.

Semuanya lakonan semata2. 

Bila peluang "semulajadi" datang untuk memperlihatkan kematangan dan keikhlasan guru-guru. Peluang tersebut di tolak bulat2. Aku masih ingat zaman sekolah aku dulu. Cikgu-cikgu buat kelas tambahan, "sara" hidup anak orang berminggu minggu di rumah waktu cuti untuk ajar sampai pandai. Ada cikgu siap bawa buai henjut pasang di belakang kelas hari Sabtu, sambil jaga anak kecil, sambil mengajar.

Susah nak cari cikgu-cikgu macam ni sekarang. Kalau masih ada lagi cikgu2 macam ni kat sekolah korang, hargailah mereka. Kerana mereka adalah spesis yang hampir pupus.